Translate

Sabtu, 5 November 2016

MEMBURU RAJA DI AIR KUNING,PERAK

Peacock Bass amat sinonim di negeri Perak.Ikan ini boleh di dapati di semua tempat dalam negeri ini.Tidak hairan lah ikan ini menjadi buruan di kalangan pengilat (caster) selain dari sebarau dan toman.Peacock Bass di sini lebih di kenali sebagai IKAN RAJA.kalau di luar negeri Perak biasa kita dengar dengan panggilan PB sahaja.Singkatan dari peacock bass.
PB adalah spesis yang rakus.tiada gewang yang boleh di katakan killer untuk PB ini.Gewang murah atau mahal semua di ambil nya.Dulu semasa saya mula berjinak-jinak dalam arena casting...saya pernah guna plastik merah yang di balut ke mata kail. hujung nya saya racik supaya bila di karau plastik tersebut melambai-lambai di dalam air.guna macam tu saja tiga ekor saya telah darat kan.dari pengamatan saya PB adalah spesis yang tidak kisah.janji dapat menarik perhatiannya.ia akan ambil gewang kita.
Kali ini saya telah berpeluang pergi ke satu tempat di Air Kuning.sebelum ini saya biasa dapat PB saiz dalam 20cm kebawah.saya teringin hendak rasa tarikan dari saiz 30cm keatas.
Rakan-rakan dari group TELUK INTAN ANGLERS (TIA) telah mempelawa saya datang ke sini untuk mencuba nasib.mana tahu boleh dapat saiz yang saya impikan selama ini.
Bila saya sampai saya dapati PB sedang galak mengejar anak-anak ikan.memang nampak nyata saiz-saiz idaman di depan mata.
Apa lagi... perasaan teruja tu membuak-buak.Dengan Bismillah...saya memulakan acara mengilat.
Lama juga la mengilat tetapi tiada sambutan dari PB sini.saya tidak berputus asa saya tukar spot dan gewang berkali-kali.akhirnya sambaran pertama saya dapat rasa kan.memang terbaik perlawanan kali ini.memang betul kata otai-otai.PB dengan siakap,cara lawan nya memang lebih kurang.baru lah kini saya rasa drag keluar.sebelum ni mana pernah macam ni.
Akhirnya saya telah berjaya mendaratkan saiz 47cm.rekod terbaru saya tu!!!
Senyum kepuasan dan tiada kata-kata dapat nak diluahkan.hanya saya bersyukur berkali-kali kerana impian saya telah tercapai.Sejak itu bila berpeluang saya akan datang kesini.Maklum lah..balik kampung.i tu lah masa untuk mengail..hehehe





Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ijam,lan a.k,panjang,mail,mat dan seluruh ahli TELUK INTAN ANGLERS kerana banyak memberi panduan dan mempelawa saya datang kesini.saya rasa terharu dengan layanan dari anda semua.Terima kasih sahabat-sahabat ku.


15 ulasan:

Unknown berkata...

Nti bleh ajak ambe ajor mancing PB plakk lpas ni....xdak lesen PB lagi nihh...

irwan berkata...

Mantap sahabat.. saya masih kempunan layanan pb

epmenergyplus.blogspot.com berkata...

Mantap sifu ku

Unknown berkata...

jgn lupa mmplawa hmba ye...tringin jgk nie nk tgok ikn wrna warni nie lompat...dgr kata,syok....pelangi di awangn....

Shaharol berkata...

Boleh je..tapi nak tau siapa ejam tembam ni...tgk kat profil xde gambar tuan

Shaharol berkata...

Terima kasih masta

Shaharol berkata...

Insyallah...ada masa,saya boleh bawak kan

Shaharol berkata...

Ada kelapangan..saya boleh bawakkan sahabat... insyallah

Unknown berkata...

Air kuning port kawasan mana ya...x pernah try sentapan PB lg ni

Shaharol berkata...

@sayuti rosdi ni kat ladang rakyat air kuning..sana byk port..bole try cari..sgt mudah

Unknown berkata...

Ladang rakyat tu sebelah mana yer,,kalau dari bota

Unknown berkata...

Baru nak belajar cats. Bp

Shaharol berkata...

Saya x pasti la..nak kabo jalan nya..x berapa reti..try tanya kawan2 caster dr teluk intan..diorg suka datang kesana..

Madet berkata...

Boleh bagi location x

Madet berkata...

Salam tuan.. Boleh bagi location tak