Translate

Jumaat, 9 September 2016

BERTANDANG DI KUALA KRAU,PAHANG.

KUALA KRAU,PAHANG...Tempat yang tidak asing bagi saya.tempat saya mula-mula jatuh cinta dengan sebarau.tempat pertemuan dengan sahabat sehobi.banyak kenangan saya di sini.kali ini saya datang tidak di rancang..sepatut nya saya saya pergi ke Jengka tapi di sebabkan sahabat saya di sana ada hal yang tidak dapat di elakkan terpaksa saya menukar rancangan ke sini pula. Sebab saya biasa dengan spot-spot di sini.
Seawal jam 8 pagi saya sudah sampai kesana..selepas sarapan kami pun bertolak ke spot pertama.port pertama di area jambatan batu..air memang keruh kemungkinan malam tadi hujan.cuba mencari strike pertama namun tiada sambutan.. suasana pun sunyi je..tiada kelibat boiling ikan di sini..


tanpa membuang masa..saya dan rakan-rakan terus bergerak ke port jambatan satu lagi di kampung Penderas.di sana keadaan air yang jernih dan hitam.melihat keadaan air yang cantik kami rasa ada harapan untuk mendapat sambaran dari ikan target.namun hampa..




Tidak lama di situ..saya mengajak rakan-rakan pergi ke kampung serboi dimana dekat situ ada mendapat info banyak caster naik sebarau size-size idaman.spot ini memang spot kesukaan saya kerana kita bole meranduk jauh ke bawah.dasar sungai yang berbatu kadang-kadang menyukarkan pergerakan saya..tapi memang puas ada rasa satu cabaran di situ.di port ini rakan saya yang bernama pokjan orang pertama telah berjaya mendaratkan sebarau.walaupun bukan size idaman tapi terpancar satu kepuasan terhadap diri beliau.selepas seekor telah tewas.beliau telah berjaya mendapat seekor lagi yang agak kasar tapi malang nya terlepas..mungkin terkene sikit saja mata kail di bibir ikan tersebut tu sebab terlepas tanpa dapat melihat size ikan tersebut.
Tidak lama kemudian saya pulak berjaya mendaratkan seekor lagi berhampiran tempat pokjan strike tadi.selepas itu pokjan lagi berjaya menaikkan seekor lagi tempat yang sama.wah..memang meriah.hahaha...










Selepas itu sunyi sepi..tapi keindahan alam membuatkan saya dan rakan-rakan tidak rasa kepenatan.. sampai di satu lokasi sungai saya sudah tidak boleh nak meranduk lagi kerana air semakin dalam dan menyukarkan pergerakan..
Bimbang akan keselamatan..saya pun terus bergerak kembali ke tempat parking kereta tapi melalui jalan raya sebab kalau meranduk menongkah arus boleh memenatkan badan.baik kita jalan di atas senang sikit.. selesa pun selesa la juga.
Kemudian saya dan rakan-rakan bergerak ke kampung Pian.Di sini tiada size-size idaman kerana yang banyak hanya size anak dalam 300g ke bawah.selain itu biasa nya kumpau..air sangat la jernih..maka kelibat ikan mudah di lihat dari atas..di sini kami tidak berjalan jauh hanya dalam 200 meter anggaran perjalanan kami.. selepas itu aktiviti mandi manda dan berehat..simpan tenaga untuk perjalanan pulang nanti.








Alhamdulillah saya tanya pendapat rakan-rakan saya di sini.. masing-masing berpuas hati..seronok dapat datang ke mari.terima kasih kepada pokjan dan aie kerana sudi berkomplot bersama saya..