Translate

Jumaat, 2 September 2016

BERMALAM DI GEDANGSA,SELANGOR

Sekian lama duduk dalam dunia mengilat atau casting terasa ingin kembali ke pada pancingan tradisional yang menggunakan umpan hidup atau organik.kalau dengan bahasa sekarang teknik bottom.
Perancangan telah di buat bersama cikgu tomi dan abg zul berserta tiga orang lagi rakan yang baru saya kenali untuk berkhemah di tepi sungai di gedangsa,selangor.
Berbekalkan umpan seperti tapa,sawit peram,cacing,cengkerik,anak ikan dan udang.kami yakin malam itu ada hasil yang lumayan.sungai yang kami datang bertandang ini di percayai ada spesis seperti kelah,patin,lampam,sebarau dan baung.
Tapi kami tidak target pada ikan rare saja..dapat baung pun sudah cukup memberi kepuasan melayan hobi kami.
Cikgu tomi dan bersama tiga rakan beliau telah sampai dulu ketempat perkhemahan.mana kala saya dan abg zul masuk lewat sikit kerana ada urusan yang perlu di settel kan dulu.
Setiba nya saya di tempat berkhemah...saya berharap sudah ada hasil dari cikgu tomi dan rakan-rakan beliau tetapi sangkaan saya meleset sama sekali..cikgu tomi mendakwa tiada respon dari penghuni dasar.tidak mengapalah.mungkin belum tiba masa nya lagi kot.
Saya dan abg zul sibuk menguruskan peralatan dan mendirikan khemah.tiba-tiba loceng yang di pasang berbunyi menandakan ada ikan telah memakan umpan.
Ya memang benar seekor ikan lais telah di darat kan.. walaupun sebesar tiga jari yang naik tapi bagi saya itu petanda rezeki akan muncul lagi...
Setelah siap semua dari pemasangan khemah hingga ke peralatan pancingan..tiba masa nya saya melabuh umpan.saya mengunakan anak ikan seluang sebagai umpan.target saya baung.
Saya mengunakan seluang kerana potensi untuk mendapat baung size besar adalah tinggi dari berumpankan tapa,cacing atau cengkerik.biasa nya anak ikan yang akan mengacau dulu..kalau pakai anak ikan..akan menarik perhatian pemangsa yang lebih besar.
Sambil menanti sentapan dari ikan..kami duduk berbual bersama-sama sambil menikmati bekalan makanan yang di bawa.
Kesabaran akhirnya tercabar kerana tiada hasil di darat kan.pelbagai jenis umpan di guna kan sampai kan cikgu tomi memasang taut atau tajur sepanjang tebing sungai..namun tiada juga hasil nya.memandangkan ikan tidak berminat dengan umpan kami..maka seorang demi seorang ahli jemaah masuk ke dalam khemah..apa lagi..tidur la jawap nya.. hahaha..saya pun sama..sudah tidak dapat menahan berat mata ni..
Seawal 7 pagi saya bangun dan memasang niat untuk mencari ikan supaya tidak kumpau.
Saya capai rod dan memulakan acara mengilat atau casting.mulanya hanya anak-anak sebarau yang mengejar gewang.nakal sungguh tapi di situ lah harapan saya..pasti ada yang kasar paling kecil pun 200-300g dalam tangan.jadi la dari tiada.
Di satu selekoh aliran air agak deras.saya terasa yakin di situ ada penghuni target yang saya cari..dengan menggunakan gewang savior sexy lemon,saya memula kan acara mengilat.dalam 8 hingga 13 balingan saya telah berjaya mendaratkan seekor sebarau curut dalam 300g.pelawanan yang singkat tapi bermakna..hahaha..saya tidak kumpau..itu pasti..
Kemudian saya menukar spot kearah rumput di tebing seberang sungai..dalam 3-4 balingan seekor lagi berjaya di daratan..tapi kecil sikit dari yang tadi.saya teruskan dengan pancingan saya tapi rezeki saya hanya dua ekor je untuk hari itu..jadi lah dari tiada..
Dalam pukul 10 kami berangkat pulang..terima kasih kepada abg zul,cikgu tomi dan rakan-rakan baru saya..kerana sudi mengajak saya berkhemah sambil melayan hobi yang sama kami minati.