Translate

Sabtu, 13 Ogos 2016

SEBARAU DUA TOMPOK DI SUNGAI TENGI,SELANGOR

Di semenanjung Malaysia, Ikan Sebarau lazimnye memiliki satu tompok atau garisan hitam di tepi badannya, manakala di Sabah, Sarawak dan Borneo terdapat Ikan Sebarau yang mempunyai dua tompok di badannya. Ikan Sebarau boleh membesar hingga menjangkau saiz 8kg. Ikan Sebarau juga turut di komersialkan sebagai ikan hiasan.

Ini fakta ringkas mengenai sebarau dua tompok..tapi yang pasti baru-baru ini saya telah berjaya mendaratkan sebarau dua tompok ni di Semenanjung Malaysia..bermakna ikan ini pun boleh di dapati di sini..cuma habitat dan populasinya tidak di ketahui umum.

Saya sendiri pun tidak yakin dengan spesis ini di Semenanjung.. memandangkan caster-caster dari sini akan keluar ke Sabah atau Sarawak untuk merasa tarikan spesis jenis ini.

Saya yakin sebarau yang saya dapat ini bole membesar ke size mega sepertimana sebarau biase.. memandangkan tangkapan saya agak besar dan sihat.

Saya yakin mesti ada size-size idaman..cuma perlu saya teroka lagi kawasan tersebut lebih jauh ke dalam lagi.. insyallah satu masa saya akan menjejak habitat sebarau dua tompok ni..

Maaf nama saintifik  saya tidak pasti.




Tiada ulasan: