Translate

Isnin, 8 Ogos 2016

PANDUAN MENYUSUN BARANG DALAM BEG HIKING.


Diagram menunjukkan kaedah susunan keperluan hiking secara am. Pembahagian barang-barang perlu betul agar pendakian / aktiviti hiking anda selesa dan tidak mencederakan tulang belakang anda.

Secara am nya, susunan perlu disusun berdasarkan berat barang tersebut.

1)BAHAGIAN BEG : BAWAH - besar dan berat. Cth:Sleeping bag, sleeping mats, khemah.

2)BAHAGIAN BEG: TENGAH (RAPAT KE BADAN / ATAS PINGGANG) - berat
Alatan memasak (Stove, Gas memasak), Makanan dalam tin (yang berat)

3)BAHAGIAN BEG: TENGAH - sedikit ringan
barang makanan (yang ringan), pinggan, cawan

4)BAHAGIAN BEG: ATAS - sangat ringan dan mudah dikeluarkan
Pakaian, peta, makanan ringan, kamera, keperluan mandi, air minuman,
*bahagian atas adalah untuk barang yang senang dikeluarkan ketika dalam perjalanan.

Tips: Disebabkan keadaan bumi Malaysia yang sentiasa hujan dan basah, maka elok lah barang2 seperti baju, khemah dll dibungkus dengan plastik.

Tiada ulasan: