Translate

Jumaat, 12 Ogos 2016

ANTARA JORAN DAN ANAK

Suatu hari aku terbuka hati membawa anak ku yang baru setahun lebih untuk memancing bersama..
Bak kata org..melentur buluh biar dari rebungnya..hehehe..saja je nak tengok gelagat dia apa dia nak buat kalau jauh dari ibu nya.
Sampai saja di port yang aku rasa sesuai,aku pun memulakan aktiviti sambil mengawasi anak aku sorang tu..maklum lah baru dapat kaki.dia pun ada keje nak buat..hahaha.
Dalam sibuk aku memancing..tetiba aku dah terlihat dia dah masuk dalam paya..aish..laju bebenor..tadi rasa ada kat belakang aku je.
Cepat-cepat aku terkam dia..takut jugak bahaya di depan.muka anak aku berubah.mungkin lumpur tu buat dia tidak selesa.hahaha..padan muka..sape suruh main kat dalam paya tu..
Tak lama tu dia dah start gian pulak nak masuk paya lagi.di sebab nak menjaga dia je..maka kumpau la hari tu..hahaha
Saya cuba ajar dia macam mana nak kendali kan mesin BC.. tersengih-sengih je bila dia karau.. alangkah comel nya senyuman nya..harap besar nanti jadi orang yang berguna ye nak.. hormat orang tua dan pandai menjaga diri dan keluarga.
Kumpau hari ini sungguh indah.

T.R.C DI SUNGAI KLAH,PERAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini saya nak bercerita pengalaman saya di sungai klah.sungai klah terletak di area sungkai,Perak.spesis utama di sana ikan kelah,tengas dan sebarau.
Saya telah berpakat dengan sahabat sahabat saya untuk meneroka sungai tersebut.
Setiba nya kami di sungai klah..kami telah di sambut oleh Pak Lang.Pak Lang mencerita serba sedikit keadaan sungai dan kawasan sekitar.
Kami bermalam di rumah rehat kepunyaan Pak Lang.
Keesokan hari nya kami telah membuat keputusan untuk bergerak ke hulu sungai.di kata kan sebelah atas banyak size-size badong duduk menetap di sana.
Apabila sampai ke destinasi.. kami pun bersiap untuk memulakan pancingan.melihat keadaan sungai..air yang jernih,deras dan dalam.kami rasa ada harap untuk menaikkan sebarau di sini.karauan demi karauan..balingan silih berganti kami laku kan sambil menyusuri sungai..tapi masih tiada getuan dari spesis target.
Sampai satu tempat kami berehat dan kami berbincang untuk menukar haluan ke bawah pula.
Tengahari dalam pukul 12 kami telah keluar dari kawasan tersebut dan menuju ke port sebelah bawah.
Setiba kami di sana..kami telah meranduk di dalam air.
Area bawah pun sama juga..hanya ada beberapa kali je curut mengejar gewang.tapi tidak menyambar.
Jauh jugak kami meranduk kebawah. sekali lagi kami kecewa..kami telah mengambil keputusan berhenti setakat itu je kasting dan pulang ke rumah rehat.di sebab kan kami semua kumpau berjemaah..kami telah mengubah aktiviti.. apa lagi berkubang la jawap nya..😂😂
Kesimpulan yang saya dapat buat.sungai klah sesuai untuk beriadah dan aktiviti membottom saja sebabnya banyak aktiviti membottom di sini.pemandangan yang cantik dapat menenangkan fikiran.di sini pelbagai kemudahan ada di sedia kan.. homestay,hotel Felda dan taman tema air panas pun ada.












PENJELAJAHAN KE HUTAN SIMPAN ENDAU,ROMPIN

Kami memulakan perjalanan ke kinchin seawal 8 pagi.. keringat membasahi walaupun hari masih sejuk lagi..lagi 3 jam sampai la ni..getus hati..
Sampai ke hentian pertama..hati terasa lega..terasa macam baru lepas dari sengsara dan azab bila memandang ke anak sungai..tanpa menunggu masa yang lama..saya terus terjun ke dalam air..untuk menyejukkan badan yang terasa hangat dan melegakan otot-otot yg sudah mula rasa macam nak kejang.fuhh!! Lega rasa nya..sambil berehat saya meneguk air yang di bawa..sambil bergelak ketawa bersama rakan-rakan yang lain..setelah rehat setengah jam..kami memulakan perjalanan kembali..melalui denai-denai haiwan..kami lebih berhati-hati.takut juga terserempak dengan pak belang.orang tua cakap kalau jumpa pak belang jangan bagi dia terancam.. berhenti dan berundur perlahan lahan..jangan membelakangkan dia.. sebab harimau akan terkam leher kita untuk di patah kan.
Kami berjalan naik bukit..turun bukit..lalu lembah dan anak sungai..
Hati ni dah tak sabar nak memancing terasa berjalan tiada penghujung..badan sudah kembali rasa sakit-sakit.
Rasa nya menyesal beli beg murah..rm70 je beg tapi memang tak sesuai sebab tak support pinggang langsung..
Dalam merungut di dalam hati..tetiba guide yang membawa kami menjerit memecah kesunyia..."KITA SUDAH SAMPAI!!"
Wow..tetiba semacam ada tenaga tambahan..terus saya bergerak laju kedepan..bila terpandang sungai..hati merasa lega.. Alhamdulillah..sampai jugak akhirnya di sini.
Sungai disini terkenal dengan kelah biru nya..pernah ada orang meminta membawa keluar kelah biru hidup-hidup dengan nilai upah rm3000.
Selain dari spesis kelah..terdapat kelisa,sebarau,kaloi dan banyak lagi jenis ikan air tawar.
Tapi di kabar nya ada geng jaring masuk mengunakan fiber dari luar.yang mengali keluar hasil dari hutan ini.tak tau lah pada kebenaran cerita tersebut.harap pihak berkuasa pantau perkara ini.
Kami datang dari jauh berjalan kaki selama 8 jam.. mengharap ada dapat merasa pukulan ikan target..tetiba dapat tau geng jaring dah menjarah kawasan ini..jadi lemah lutut di buat nya..harap jangan ada lah.semoga hutan simpan Endau ini akan sentiasa di lindungi..Aamin