Translate

Isnin, 15 Ogos 2016

SENANGIN,LESEN TIDAK DI SANGKA.

Hari ini saya telah berpeluang bersua muka dengan Zul Shadow dan Wan.
Plan yang tidak di rancang ini membawa ke satu port yang kami sendiri tidak pernah sampai.
Mengharapkan pada GPS sebagai panduan untuk kami menjejak port yang di percayai ada siakap.
Habis hutan paya kami redah..sampai sesat-sesat..hahaha.
Pada mula nya saya dah patah semangat sebab tidak jumpa jalan hendak menuju ke destinasi yang kami cari.
Tetapi..saya terlihat satu jalan yang macam biasa di lalui oleh orang yang mempunyai denai telah menarik perhatian saya.
Biasa panduan saya untuk menjejak port adalah pada laluan kenderaan,haiwan atau manusia..sebab jalan yang biasa di lalui akan menjadi macam lorong atau denai.pengalaman dan teknologi kalau boleh di gabungan menjadikan hasil yang memuaskan hati.. insyallah..naluri ingin tahu pun memainkan peranan dalam menjejak port..
Melalut pulak saya..hahaha.
Apabila saya telah menemui port yang di cari..satu perasaan kepuasan kerana berjaya menjumpai..
Saya tanpa berlengah..terus membaling gewang ke sungai dan mengharapkan ada siakap yang akan menyambar.
Karauan demi karauan tapi masih belum ada sambaran..
Saya terus menukar port yang berhampiran..dan...terlihat boiling yang sangat meriah..apa lagi...terus hantar gewang lah..hahaha..tiada juga sambaran..haish...mana ni..ikan apa yang boiling ni..getus hati saya.
Kerana perasaan ingin tahu amat kuat..saya cuba baling kearah boiling sedekat yang boleh dan terus mendapat tarikan pemangsa..hahaha..sudah mengena tapi kenapa lemah je perlawanan nya..ni bukan siakap tetapi...senangin rupa nya..lesen baru dalam hidup..belum pernah lagi senangin on lure.. bahagia rasa nya..hahaha.
Di sebab kan hari semakin gelap maka pemburuan terpaksa di henti kan..
Tidak mengapa..port telah di kenal pasti..esok lusa bole datang lagi😁