Translate

Isnin, 8 Ogos 2016

XPDC KE ROYAL BELUM,PERAK


ROYAL BELUM.
Setelah sekian lama maka hajat untuk sampai ke ROYAL BELUM terlaksana..segala persiapan telah di buat dengan teliti.
PERJALANAN BERMULA.
Bergerak dari Selangor seawal 12 malam kami memulakan perjalanan dan kami sampai dalam pukul 6 pagi.perjalanan yang lama bukan apa. Banyak kali berhenti makan dan buang hajat..
Setiba kami di jeti.. masing-masing bersemangat untuk memulakan perjalanan. Dari raut wajah masing-masing sudah tidak sabar dan menghitung waktu menunggu ketibaan bot yang akan membawa kami kesana..
Tapi bot sampai dalam pukul 10 pagi..ada rasa tidak puas hati.tetapi semangat yang meluap-luap..Semua ditelan jua.
Setelah bot tiba..kami terus membawa masuk barang barang kedalam bot.bila semua sudah bersedia.perjalanan pun bermula..
Kami menuju ke checkpoint pertama di sungai kejar.. perjalanan mengambil masa selama 1 jam.perjalanan 1 jam ke sungai kejar tidak terasa sangat sebab kami menikmati pemandangan indah di sana sambil bergurau-senda dengan rakan-rakan.
Setiba nya di sungai kejar.kami memunggah keluar barang-barang semua..kerana dari sungai kejar kami akan berjalan kaki ke base camp.
Setiba di base camp..kami mula kan tugas memasang khemah.memang sangat sibuk macam nak kenduri je..hahaha.bila semua sudah selesai maka bermulalah aktiviti yang kami idam kan..apa lagi..mancing le.. Alhamdulillah..hari pertama kami di sini banyak hasil yang kami dapat..Semua ikan sebarau.malam ni berlauk la kami..
MALAM PERTAMA.
Pada malam hari..suasana di base camp sangat gelap.terasa juga seram dan bimbang.biasa lah dalam hutan.macam macam ada..yang penting kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. keseronokan jangan sampai lupa diri.takut memakan diri.
Malam pertama dalam hutan..gajet semua tidak boleh pakai sebab tiada liputan.baru lah kita berborak dengan senang hati tanpa gajet di tangan.
Pelbagai cerita dari diri sampai pengalaman mancing.. masing-masing keluarkan.ada cerita lucu..ketawa berdekah-dekah memecah kesunyian malam.pukul 12 malam.. masing-masing mula masok ke khemah.yang mana tegar.diorang membottom pulak..saya tidak le..tidur untuk esok punya cerita.
HARI KE DUA.
Esok pagi dalam pukul 6 pagi..kami bangun dan bersiap untuk mula memancing.saya sangat teruja sampai tak nak sarapan..dalam hati berkata "kalau lapar minum je air sungai"๐Ÿ˜
Casting pun bermula tapi tidak galak sangat..karauan demi karauan tapi tiada yang sentuh..kalau ada pun size size baby sebby je yang hentam.
Kami terus casting dari base camp ke sungai ketir kerana permit kami sampai kesana saja.dalam perjalanan kami jumpa dengan askar Melayu yang menjaga royal belom..maklum lah royal belom kan dah dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand.
Bila mereka nampak kami.. diorang menyapa mesra.. mula-mula saya risau jugak.. takut di marahi oleh mereka..tapi perkara sebaliknya terjadi..mesra dan ramah.. senang hati saya..
Sambil kami berjalan..kami akan berhenti di spot yang dirasa ada penghuni.sampai je ke sungai ketir..kami dah strike banyak sebarau.. tapi masih curut lagi..size size idaman belum membuahkan hasil.saya saja 6 ekor curut dapat di pancing.kebanyakkan nya saya lepas kan balik sebab size yang tidak sesuai untuk dibuat lauk.
Sesampai ke sungai ketir..kami terus menyambung pancingan.tapi masih kumpau.hanya sorang je rakan dapat hasil yang agak kasar.pukul 5 petang kami gerak pulang ke base camp.bukan apa.nanti pulang lewat sangat.dalam hutan akan jadi gelap.ini akan menyukarkan kami untuk pulang dan haiwan liar pun kami tidak akan nampak.
Bila malam menjelma..tidak banyak aktiviti yang kami buat..masak,borak dan memancing bottom mencari baung,kelah dan ikan ikan yang memakan umpan cacing dan sawit.malam kedua kami tidur lewat dalam pukul 2 pagi.
HARI TERAKHIR.
Saya lewat sikit bangun mungkin sebab kepenatan ke sungai ketir semalam.ramai rakan-rakan telah pergi memancing untuk mencari target idaman.tapi keadaan air yang jernih macam kurang menarik perhatian sebarau di situ.dari hari kedua air dah jernih..hari pertama keruh sikit.faktor jugak tu.Dalam pukul 11.kami pun bersiap kemas barang untuk berangkat pulang.terasa berat hati hendak pulang kerana terasa sesak nya hidup di hutan batu di bandar.kat dalam ni..hati tenang.tidak pikir masalah yang selalu kita fikir di luar sana.saya bertekat akan kembali lagi di sini.kumpau itu indah.yang paling indah.bersama rakan-rakan sambil menikmati keindahan alam ciptaan YANG ESA.

PANDUAN MENYUSUN BARANG DALAM BEG HIKING.


Diagram menunjukkan kaedah susunan keperluan hiking secara am. Pembahagian barang-barang perlu betul agar pendakian / aktiviti hiking anda selesa dan tidak mencederakan tulang belakang anda.

Secara am nya, susunan perlu disusun berdasarkan berat barang tersebut.

1)BAHAGIAN BEG : BAWAH - besar dan berat. Cth:Sleeping bag, sleeping mats, khemah.

2)BAHAGIAN BEG: TENGAH (RAPAT KE BADAN / ATAS PINGGANG) - berat
Alatan memasak (Stove, Gas memasak), Makanan dalam tin (yang berat)

3)BAHAGIAN BEG: TENGAH - sedikit ringan
barang makanan (yang ringan), pinggan, cawan

4)BAHAGIAN BEG: ATAS - sangat ringan dan mudah dikeluarkan
Pakaian, peta, makanan ringan, kamera, keperluan mandi, air minuman,
*bahagian atas adalah untuk barang yang senang dikeluarkan ketika dalam perjalanan.

Tips: Disebabkan keadaan bumi Malaysia yang sentiasa hujan dan basah, maka elok lah barang2 seperti baju, khemah dll dibungkus dengan plastik.

KISAH TEMBOK PUAKA


Hampir 3 tahun aku tidak datang kesini kerana kekejaman tangan tangan syaitan yang merosakkan ekosistem untuk pendapat keuntungan mudah.setiap tahun aktiviti penubaan berlaku.
Alhamdulillah..dari tahun lepas aktiviti itu telah berhenti berkemungkinan pihak berkuasa giat memantau aktiviti di sungai sungkai ni.
Maka dengan itu bermula lah episod indah dinding puaka yang tiada berpuaka..malahan..menjadi syurga kepada para caster berhampiran dan yang mengetahui rahsia di sebalik TEMBOK PUAKA.
Ok saya cerita sikit kenapa di beri nama tembok puaka..sebab nya kebanyakan caster akan bergambar dengan hasil tangkapan mesti berlatarkan dinding dam..supaya lokasi nya tidak dapat dikesan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.tapi di antara caster port ini antara port yang terkenal dengan hasil tangkapan nya.
Seawal 7 pagi saya telah sampai kesana dari Klang..saya gerak dari Klang dalam pukul 5 pagi.singgah sarapan dulu.baru lah turun ke port..
Setiba di tembok puaka...keadaan sunyi sepi tanpa aktiviti.bg saya ni satu peluang cerah.peluang untuk mendapatkan ikan target yang sangat tinggi tanpa berebut dengan caster lain..hahaha..biase la..bila ramai..kita kene control nafsu..org tua cakap..jangan tamak..ingat kat orang belakang sikit..tapi kali ni saya berdua je dengan sahabat saya...ibarat berterbangan bebas di ruang angkasa luas..buat la apa saya suka.nak mandi dengan sebarau pun boleh..hahaha..
Saya keluar kan gewang dan hati saya berdebar-debar.ada kah hari ni aku akan kumpau...tapi perasaan saya mengatakan tidak.. insyallah..jika rezeki mu tertulis..usaha lah..maka..di mulai dengan Bismillah...saya meleparkn gewang dengan harapan.
Karauan demi karauan..tiada satu getuan yang saya dapat.saya berhenti kejap..lap keringat di dahi dan meneguk air utk menghilangkan dahaga..tetiba..anak mata saya terpandang.. anak-anak ikan boiling bagai di kejar sesuatu..aishh..lain mcm boiling nie..dengan pantas saya terus membaling gewang ketempat anak-anak ikan boiling tad
Karauan demi karauan..masih tiada..sedang asyik saya melayan karauan..tetiba saya merasa santapan kasar...perrgh...secara automatik..saya sembat...wah..ada ikan...karau dengan berhati-hati..jaga drag..supaya tidak ke reba atau apa juga yg boleh membuatkan mangsa melepaskan diri.akhirnya..strike yang pertama telah terhasil.sebarau 800g telah di naikkan.senyum kepuasan.rasa puas hati..hati banyak syok woo..huhuhu
Pendek cerita..masa saya strike tu 6 ekor sebarau dari 300-800kg.memang puas hati..dengan strike kelah on lure lagi..hahaha.siapa yang tidak puas hati..mesti puas..
Dengan itu bermula lah perjalanan sungai  sungkai di saksi kan tembok puaka yang setia menunggu para caster untuk bergambar dengan si jantung hati๐Ÿ˜