Translate

Jumaat, 7 September 2018

MENJARING DIKOLAM TERBIAR

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 Sudah lama saya tidak menulis di blog ini.. Bukan kerana malas tetapi tiada aktiviti memancing dijalankan. Saya banyak tertumpu pada keluarga dan kerja.. Biasa lah.. Bila tanggungjawap banyak.. Kita terpaksa melupakan hobi sekejap..

Ok.. dipendekkan cerita.. Sahabat-sahabat saya telah merancang untuk menjaring di kolam terbiar di Sungai Buluh,Jeram. Pada mulanya saya malas hendak pergi tetapi telah diajak banyak kali jadi saya pun ikut.. Memandangkan ramai yang pergi.. Saya rasa meriah dan seronok lah nanti.

PERANCANGAN..
 Segala perancangan telah disusun rapi. Siapa bawak jaring,makananan dan barang-barang keperluan telah diberi tugas untuk dibawa esok. Semua rakan-rakan bersemangat dan tidak sabar menunggu hari esok.. Saya pun ikut teruja.. Maklumlah lama tidak berkubang...hahaha

AKTIVITI BERMULA...
 Kami berkumpul di tempat yang telah dijanjikan dalam pukul 7pagi. Masing-masing teruja untuk memulakan aktiviti menjaring. Barang-barang semua telah di punggah ketempat yang di tuju dan tanpa membuang masa kami terus menurunkan jaring melintang di dalam kolam. Selesai memasang jaring.. kami seramai 5 orang mula mengocak air dari hujung kolam untuk menghalau ikan lari kearah jaring yang kami rentang tadi.








LOMPATAN IKAN..
 Semakin hampir kami ke jaring.. Semakin banyak kawanan ikan melompat-lompat berhampiran jaring.. dan setelah kami sampai ke jaring.. saya dapati banyak ikan telah terperangkap di dalam jaring.. semua ketawa kepuasan. Usaha dan penat lelah telah menampakkan hasil.

MENGUTIP HASIL..
 Bahagian ini yang saya tidak berminat sebenarnya semasa menjaring.. kerana terlampau banyak ikan yang tersangkut.. kami mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan ikan dari jaring..hahaha.. memang malas sebenarnya.. perambat ikan cukup seronok.. masa nak keluarkan ikan dari jaring.. hadoi... malasnya.. sebab kerjanya rumit.. nasiblah ada rakan-rakan yang otak gila-gila.. sambil buat kerja sambil tu ada yang buat lawak.. jadinya.. kecohlah ditengah kolam dengan gelak ketawa.. memang seronok sangat.





HASIL TANGKAPAN..
 Kami berjaya mendapat hasil yang banyak.. Ikan yang naik paling banyak talapia. Ada juga ikan lain yang naik seperti siakap,susu dan bulan. size biasa-biasa saja.. orang kata size untuk dibuat lauk sahaja.
Rezeki yang kami dapat ada yang kami bakar di situ sahaja untuk makan tengahari.. sedap.. ikan bakar cicah air asam..pergh... hilang letih.. hilang malas... bila bab makan ni..hahaha.






TERIMA KASIH..
 Saya ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat dari PERTUBUHAN SENI SILAT GAYONG PANCAINDERA SEMBILAN kerana menjayakan aktiviti ini. Selain dari bersilat ini adalah salah satu aktiviti riadah antara kami untuk eratkan ikatan silaturrahim antara pesilat dan guru. Terima kasih CIKGU Z sebagai perancang utama.. IJAL,IZAT,LUQMAN dan FIQRI.. sahabat-sahabat saya yang melawak saja kerjanya tetapi rajin halau ikan dan kutip ikan. kepada APEK.. tuan tunjuk tempat.. ada masa kita datang lagi ye..hahahaa