Translate

Sabtu, 12 November 2016

MENYELONGKAR KHAZANAH HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA,ULU SELANGOR.

Trip kali ini telah di rancang oleh GENG LORONG TIKUS untuk meneroka habitat baru ikan-ikan target. Disebabkan di pintu masuk hutan ni kami pernah dapat spesis seperti sebarau dan bujuk maka tanggapan kami mungkin jauh di dalam mesti ada lebih banyak dan bersize lebih besar dari di luar. Dengan cerita dari penduduk tempatan yang mengatakan di dalam ada jeram,makin kuat rasa ingin tahu di dalam diri kami.


 Hari yang di tunggu hampir tiba tetapi ahli yang ingin menyertai hanya tiga orang sahaja. Iaitu saya,Zul Ali dan Pok Jan. Yang lain terpaksa menunaikan kewajipan pada kerja masing-masing.
Dengan kata sepakat kami bertiga,setuju untuk meneruskan agenda yang sudah lama tertangguh ini. Segala perancangan telah di buat.tidak sabar hendak tunggu esok hari. Terasa lama waktu berlalu...

Keesokan harinya dalam pukul tujuh pagi,hujan rahmat membasahi bumi. kami hampir-hampir ingin menunda rancangan ini tetapi Pok Jan beria benar hendak masuk ke sana.. maka,kami meneruskan rancangan tapi tunggu hujan reda dulu lah jawabnya..hihihi.

Tepat pukul 10 pagi kami berkumpul di Sungai Tengi untuk makan. Kami sediakan makanan ringan untuk bekalan di dalam sana nanti. Dalam pukul 10.40 pagi kami mula bergerak pergi ke tempat tujuan. Dalam 12.05 tengahari kami sampai ke pintu masuk hutan tersebut.perasaan teruja terasa begitu bersemangat sekali.
Perjalanan tidak sukar. Boleh lah kami berjalan dengan selesa. cuma kadangkala terpaksa menempuh semak hutan dan balak tumbang. keadaan sungai yang cetek dan jernih lagi lah memudahkan perjalanan kami. Ada setengah tempat sahaja airnya dalam.





Sepanjang perjalanan kami tidak henti mengilat. Tapi gewang yang saya pakai tidak di layan oleh sebarau atau bujuk. Hanya kejaran ingin tahu saja dari spesis tersebut.
Saya telah mencuba menggunakan spoon 5g AXZ warna emas. Keputusan yang tidak di jangka. Sebarau dan bujuk amat geram dengan spoon tersebut. Apa lagi,makin rancaklah spoon saya di hentam. Hulur sahaja mesti ada hasil. Janji ada lesen dan tidak kumpau.hahaha.






Makin lama masuk ke dalam makin banyak bujuk yang berjaya kami dapatkan. Sebarau hanya sesekali sahaja yang datang mengejar spoon. Sebarau dan bujuk pun tiada size-size besar. Kebanyakan anak-anak yang masih kecil.
Kami tidak mengambil seekor pun. Sekadar mengambil gambar kenangan sahaja.








Di kiri kanan kami banyak kesan-kesan babi hutan mengorek tanah.kami lebih berhati-hati. Takut terserempak. Nanti tidak cukup tanah nak lari.. hahaha.

Kami bergerak sehingga  ke jeram di ceritakan kepada kami sebelum ini. tapi hampa. Jeram tu dah tertimbus dengan pasir mungkin ada hakisan dan menyebabkan jeram tersebut menjadi cetek dan mengecil.


Inilah jeram yang di ceritakan.
Kami sepakat untuk berhenti di situ dan berehat. maklumlah berjalan 2jam lebih. Lagipun kami target keluar sebelum hari gelap.
Walaupun tangkapan kami tiada size-size membanggakan. Pemandangan di dalam hutan ini amat menyegarkan. Dengan bujuk yang banyak dah macam sanctuary. Lagi dalam kami masuk makin banyak bujuk. Tidak takut dengan manusia. Saya sendiri strike bujuk dalam jarak dua kaki je dengan menghulur spoon kearah bujuk tersebut.
Kami sayang tempat ini.harap terpelihara untuk generasi akan datang.


Terima kasih kepada Zul Ali dan Pok Jan kerana sudi mengajak saya ke mari. Saya pasti datang lagi ke sini. Insyallah.



CARA-CARA MEMBUAT PEKASAM

Biasa nya kita akan mendapat ikan yang cedera parah dan potensi untuk mati amatlah tinggi. Jika kita lakukan CnR pun amat merugikan dan membazir. Saya telah mendapat ilham ini dari seorang sahabat iaitu KING NORTH yang membuat pekasam ikan di dalam hutan.

Saya bersama KING NORTH

Bahan-Bahan:
Ikan – Biasanya orang buat ikan pekasam menggunakan ikan air tawar. Tapi tak ada masalah kalau hendak guna ikan laut seperti ikan gelama. Ikan itu mestilah dibersihkan dengan sebersih bersihnya. Perut ikan mesti dicuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat selain menjaga kebersihan makanan kita.
Garam – Sekilo ikan seratus gram garam.
Beras – Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disanga, tumbuk sampai sederhana lumat.
Asam keping – Ada juga orang yang tidak letak asam jawa atau asam keping. Sebabnya, beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Terpulang pada anda.

Cara Membuat:
1. Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gram garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman,kalau di dalam hutan simpan dalam plastik kedap udara. Jangan risau ikan tadi tidak busuk kerana garam telah bertindak sebagai pengawet.
2. Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.
3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.
5. Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.
6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat. Ikan pekasam boleh dimasak selepas 2-3 minggu.

Sumber dari Google