Hampir 3 tahun aku tidak datang kesini kerana kekejaman tangan tangan syaitan yang merosakkan ekosistem untuk pendapat keuntungan mudah.setiap tahun aktiviti penubaan berlaku.
Alhamdulillah..dari tahun lepas aktiviti itu telah berhenti berkemungkinan pihak berkuasa giat memantau aktiviti di sungai sungkai ni.
Maka dengan itu bermula lah episod indah dinding puaka yang tiada berpuaka..malahan..menjadi syurga kepada para caster berhampiran dan yang mengetahui rahsia di sebalik TEMBOK PUAKA.
Ok saya cerita sikit kenapa di beri nama tembok puaka..sebab nya kebanyakan caster akan bergambar dengan hasil tangkapan mesti berlatarkan dinding dam..supaya lokasi nya tidak dapat dikesan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.tapi di antara caster port ini antara port yang terkenal dengan hasil tangkapan nya.
Seawal 7 pagi saya telah sampai kesana dari Klang..saya gerak dari Klang dalam pukul 5 pagi.singgah sarapan dulu.baru lah turun ke port..
Setiba di tembok puaka...keadaan sunyi sepi tanpa aktiviti.bg saya ni satu peluang cerah.peluang untuk mendapatkan ikan target yang sangat tinggi tanpa berebut dengan caster lain..hahaha..biase la..bila ramai..kita kene control nafsu..org tua cakap..jangan tamak..ingat kat orang belakang sikit..tapi kali ni saya berdua je dengan sahabat saya...ibarat berterbangan bebas di ruang angkasa luas..buat la apa saya suka.nak mandi dengan sebarau pun boleh..hahaha..
Saya keluar kan gewang dan hati saya berdebar-debar.ada kah hari ni aku akan kumpau...tapi perasaan saya mengatakan tidak.. insyallah..jika rezeki mu tertulis..usaha lah..maka..di mulai dengan Bismillah...saya meleparkn gewang dengan harapan.
Karauan demi karauan..tiada satu getuan yang saya dapat.saya berhenti kejap..lap keringat di dahi dan meneguk air utk menghilangkan dahaga..tetiba..anak mata saya terpandang.. anak-anak ikan boiling bagai di kejar sesuatu..aishh..lain mcm boiling nie..dengan pantas saya terus membaling gewang ketempat anak-anak ikan boiling tad
Karauan demi karauan..masih tiada..sedang asyik saya melayan karauan..tetiba saya merasa santapan kasar...perrgh...secara automatik..saya sembat...wah..ada ikan...karau dengan berhati-hati..jaga drag..supaya tidak ke reba atau apa juga yg boleh membuatkan mangsa melepaskan diri.akhirnya..strike yang pertama telah terhasil.sebarau 800g telah di naikkan.senyum kepuasan.rasa puas hati..hati banyak syok woo..huhuhu
Pendek cerita..masa saya strike tu 6 ekor sebarau dari 300-800kg.memang puas hati..dengan strike kelah on lure lagi..hahaha.siapa yang tidak puas hati..mesti puas..
Dengan itu bermula lah perjalanan sungai sungkai di saksi kan tembok puaka yang setia menunggu para caster untuk bergambar dengan si jantung hati😁
Tiada ulasan:
Catat Ulasan