Translate

Jumaat, 12 Ogos 2016

ANTARA JORAN DAN ANAK

Suatu hari aku terbuka hati membawa anak ku yang baru setahun lebih untuk memancing bersama..
Bak kata org..melentur buluh biar dari rebungnya..hehehe..saja je nak tengok gelagat dia apa dia nak buat kalau jauh dari ibu nya.
Sampai saja di port yang aku rasa sesuai,aku pun memulakan aktiviti sambil mengawasi anak aku sorang tu..maklum lah baru dapat kaki.dia pun ada keje nak buat..hahaha.
Dalam sibuk aku memancing..tetiba aku dah terlihat dia dah masuk dalam paya..aish..laju bebenor..tadi rasa ada kat belakang aku je.
Cepat-cepat aku terkam dia..takut jugak bahaya di depan.muka anak aku berubah.mungkin lumpur tu buat dia tidak selesa.hahaha..padan muka..sape suruh main kat dalam paya tu..
Tak lama tu dia dah start gian pulak nak masuk paya lagi.di sebab nak menjaga dia je..maka kumpau la hari tu..hahaha
Saya cuba ajar dia macam mana nak kendali kan mesin BC.. tersengih-sengih je bila dia karau.. alangkah comel nya senyuman nya..harap besar nanti jadi orang yang berguna ye nak.. hormat orang tua dan pandai menjaga diri dan keluarga.
Kumpau hari ini sungguh indah.

4 ulasan:

Kanicen berkata...

Awesome bro. Good share. Simple dan sangat perlu bersama family. Didikan awal dapat mengawal mereka kearah yang betul. Wish can do the same in the future. Keep it up :)

Shaharol berkata...

Tq masta kanicen.kerana sudi membaca artikel saya.memang betul.kadang kala..hobi ni boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Tanpa Nama berkata...

twrharu baq ang... bapak mitali ni kikiki

Shaharol berkata...

Biar kita jadi idola pada anak-anak..betul tak cip