Secara umum Pancing layang(fly fishing) adalah seni memancing dengan menggunakan artificial bait berbentuk fly (serangga). Artificial flies ini boleh di buat dari bulu haiwan ataupun synthetic. Pengunaan joran 9 kaki dan agak lembut (ultralight) ini menambah lagi rangsangan atau karen bila berlaku perlawanan dengan ikan target.
|
Pancing layang atau fly fishing ( sumber Google)
|
Ini adalah pengenalan serba sedikit tentang pancingan fly atau layang yang dapat saya kongsikan dari bahan bacaan yang saya dapat.
Artikel kali ni saya telah didedahkan teknik pancing layang oleh abang Awie (Awie Blackcats) dan Shah Eriey (Kecik). Tidak terbayang atau termimpi ingin terjebak dalam fly ini. Maklumlah kita selesa dengan pengunaan BC (Baitcasting) dan gewang.
Saya telah mengajak abg awie,kecik,niezam,aie dan ajak untuk menduga lombong di Air Kuning. Saya memilih tempat ini kerana kesesuaian untuk pancing layang amatlah selesa.tempat yang lapang dan landai. Memudahkan pancing layang di mainkan
|
Aie pun tidak melepaskan peluang untuk merasai pancing layang. |
|
Abang awie dan kecik sedang berusaha memujuk ikan Peackok Bass. |
Hanya abg awie,kecik dan Niezam saja mengunakan pancing layang. Saya,ajak dan aie...kami mengunakan bc sahaja.
Dalam masa kami sedang memancing sahabat-sahabat dari group TELUK INTAN ANGLERS (TIA) pun datang juga. Suasana lagi bertambah meriah dengan gelak ketawa. Masing-masing ada je lawak yang buat kami tidak kering gusi. Hahaha.
Kali ini saya datang kurang sambutan mengalakkan dari Peackok Bass. Mungkin sebab air lombong dah dalam sangat. Hanya ada size-size anak saja yang sudi menghentam gewang atau fly. Saya sendiri pun dapat naikkan anak toman yang masih baby lagi. saya lepaskan balik dan terus beredar dari situ kerana tidak mahu gewang saya di kejar anak-anak toman yang masih kecil. Nanti ikan cedera parah boleh menyebabkan kematian atau kecacatan.
|
Niezam dengan Peackok Bass |
Tidak lama selepas itu ajak telah berjaya memujuk mama toman bersize 3.3kg. Beliau mengunakan gewang permukaan (pensil). Perlawanan agak sukar kerana toman tersebut membenam ke dalam rumput yang tenggelam di dalam air. Jika tiada kesabaran dan skill,ini akan menyebabkan toman tadi boleh terlepas.
|
Ajak dengan toman 3.3kg |
Disebabkan tiada hentaman dari Peackok Bass saya telah meminta kecik mengajar saya mengunakan pancing layang.
Pada mulanya agak sukar untuk membuat balingan. Tunjuk ajar dari kecik cara-cara pengunaan pancing layang telah memudahkan saya untuk memahami dan merasai nikmat pancingan ini. Beberapa kali saya sudah mendapat sambutan dari Peackok Bass tapi malangnya terlepas sebab belum mahir lagi. Tapi karen sudah ada. Ada kah saya akan berubah ke pancingan layang atau fly ini? Insyallah.. saya akan cuba semua jenis pancingan selagi ada rezeki.
|
Kecik dengan gaya nya.
|
|
Bakat terpendam..hahaha |
Terima kasih kepada abg awie,kecik,niezam,ajak dan aie kerana sudi komplot dengan saya.harap masing-masing berpuas hati walaupun tidak dapat target idaman. Lain kali kita datang lagi.
|
Abg awie sedang menunjukkan cara membuat umpan fly.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan