Translate

Isnin, 28 November 2016

KOMPLOT BERSAMA MASTA-MASTA LAYANG (FLY)

 Secara umum Pancing layang(fly fishing) adalah seni memancing dengan menggunakan artificial bait berbentuk fly (serangga). Artificial flies ini boleh di buat dari bulu haiwan ataupun synthetic. Pengunaan joran 9 kaki dan agak lembut (ultralight) ini menambah lagi rangsangan atau karen bila berlaku perlawanan dengan ikan target.

Pancing layang atau fly fishing ( sumber Google)

Ini adalah pengenalan serba sedikit tentang pancingan fly  atau layang yang dapat saya kongsikan dari bahan bacaan yang saya dapat.
Artikel kali ni saya telah didedahkan teknik pancing layang oleh abang Awie (Awie Blackcats) dan Shah Eriey (Kecik). Tidak terbayang atau termimpi ingin terjebak dalam fly ini. Maklumlah kita selesa dengan pengunaan BC (Baitcasting) dan gewang. 
Saya telah mengajak  abg awie,kecik,niezam,aie dan ajak untuk menduga lombong di Air Kuning. Saya memilih tempat ini kerana kesesuaian untuk pancing layang amatlah selesa.tempat yang lapang dan landai. Memudahkan pancing layang di mainkan

Aie pun tidak melepaskan peluang untuk merasai pancing layang.

Abang awie dan kecik sedang berusaha memujuk ikan Peackok Bass.

Hanya abg awie,kecik dan Niezam saja mengunakan pancing layang. Saya,ajak dan aie...kami mengunakan bc sahaja.
Dalam masa kami sedang memancing sahabat-sahabat dari group TELUK INTAN ANGLERS (TIA) pun datang juga. Suasana lagi bertambah meriah dengan gelak ketawa. Masing-masing ada je lawak yang buat kami tidak kering gusi. Hahaha.

Kali ini saya datang kurang sambutan mengalakkan dari Peackok Bass. Mungkin sebab air lombong dah dalam sangat. Hanya ada size-size anak saja yang sudi menghentam gewang atau fly. Saya sendiri pun dapat naikkan anak toman yang masih baby lagi. saya lepaskan balik dan terus beredar dari situ kerana tidak mahu gewang saya di kejar anak-anak toman yang masih kecil. Nanti ikan cedera parah boleh menyebabkan kematian atau kecacatan.


Niezam dengan Peackok Bass

Tidak lama selepas itu ajak telah berjaya memujuk mama toman bersize 3.3kg. Beliau mengunakan gewang permukaan (pensil). Perlawanan agak sukar kerana toman tersebut membenam ke dalam rumput yang tenggelam di dalam air. Jika tiada kesabaran dan skill,ini akan menyebabkan toman tadi boleh terlepas.

Ajak dengan toman 3.3kg

Disebabkan tiada hentaman dari Peackok Bass saya telah meminta kecik mengajar saya mengunakan pancing layang.
Pada mulanya agak sukar untuk membuat balingan. Tunjuk ajar dari kecik cara-cara pengunaan pancing layang telah memudahkan saya untuk memahami dan merasai nikmat pancingan ini. Beberapa kali saya sudah mendapat sambutan dari Peackok Bass tapi malangnya terlepas sebab belum mahir lagi. Tapi karen sudah ada. Ada kah saya akan berubah ke pancingan layang atau fly ini? Insyallah.. saya akan cuba semua jenis pancingan selagi ada rezeki.

Kecik dengan gaya nya.

Bakat terpendam..hahaha

Terima kasih kepada abg awie,kecik,niezam,ajak dan aie kerana sudi komplot dengan saya.harap masing-masing berpuas hati walaupun tidak dapat target idaman. Lain kali kita datang lagi.

Abg awie sedang menunjukkan cara membuat umpan fly.








Sabtu, 12 November 2016

MENYELONGKAR KHAZANAH HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA,ULU SELANGOR.

Trip kali ini telah di rancang oleh GENG LORONG TIKUS untuk meneroka habitat baru ikan-ikan target. Disebabkan di pintu masuk hutan ni kami pernah dapat spesis seperti sebarau dan bujuk maka tanggapan kami mungkin jauh di dalam mesti ada lebih banyak dan bersize lebih besar dari di luar. Dengan cerita dari penduduk tempatan yang mengatakan di dalam ada jeram,makin kuat rasa ingin tahu di dalam diri kami.


 Hari yang di tunggu hampir tiba tetapi ahli yang ingin menyertai hanya tiga orang sahaja. Iaitu saya,Zul Ali dan Pok Jan. Yang lain terpaksa menunaikan kewajipan pada kerja masing-masing.
Dengan kata sepakat kami bertiga,setuju untuk meneruskan agenda yang sudah lama tertangguh ini. Segala perancangan telah di buat.tidak sabar hendak tunggu esok hari. Terasa lama waktu berlalu...

Keesokan harinya dalam pukul tujuh pagi,hujan rahmat membasahi bumi. kami hampir-hampir ingin menunda rancangan ini tetapi Pok Jan beria benar hendak masuk ke sana.. maka,kami meneruskan rancangan tapi tunggu hujan reda dulu lah jawabnya..hihihi.

Tepat pukul 10 pagi kami berkumpul di Sungai Tengi untuk makan. Kami sediakan makanan ringan untuk bekalan di dalam sana nanti. Dalam pukul 10.40 pagi kami mula bergerak pergi ke tempat tujuan. Dalam 12.05 tengahari kami sampai ke pintu masuk hutan tersebut.perasaan teruja terasa begitu bersemangat sekali.
Perjalanan tidak sukar. Boleh lah kami berjalan dengan selesa. cuma kadangkala terpaksa menempuh semak hutan dan balak tumbang. keadaan sungai yang cetek dan jernih lagi lah memudahkan perjalanan kami. Ada setengah tempat sahaja airnya dalam.





Sepanjang perjalanan kami tidak henti mengilat. Tapi gewang yang saya pakai tidak di layan oleh sebarau atau bujuk. Hanya kejaran ingin tahu saja dari spesis tersebut.
Saya telah mencuba menggunakan spoon 5g AXZ warna emas. Keputusan yang tidak di jangka. Sebarau dan bujuk amat geram dengan spoon tersebut. Apa lagi,makin rancaklah spoon saya di hentam. Hulur sahaja mesti ada hasil. Janji ada lesen dan tidak kumpau.hahaha.






Makin lama masuk ke dalam makin banyak bujuk yang berjaya kami dapatkan. Sebarau hanya sesekali sahaja yang datang mengejar spoon. Sebarau dan bujuk pun tiada size-size besar. Kebanyakan anak-anak yang masih kecil.
Kami tidak mengambil seekor pun. Sekadar mengambil gambar kenangan sahaja.








Di kiri kanan kami banyak kesan-kesan babi hutan mengorek tanah.kami lebih berhati-hati. Takut terserempak. Nanti tidak cukup tanah nak lari.. hahaha.

Kami bergerak sehingga  ke jeram di ceritakan kepada kami sebelum ini. tapi hampa. Jeram tu dah tertimbus dengan pasir mungkin ada hakisan dan menyebabkan jeram tersebut menjadi cetek dan mengecil.


Inilah jeram yang di ceritakan.
Kami sepakat untuk berhenti di situ dan berehat. maklumlah berjalan 2jam lebih. Lagipun kami target keluar sebelum hari gelap.
Walaupun tangkapan kami tiada size-size membanggakan. Pemandangan di dalam hutan ini amat menyegarkan. Dengan bujuk yang banyak dah macam sanctuary. Lagi dalam kami masuk makin banyak bujuk. Tidak takut dengan manusia. Saya sendiri strike bujuk dalam jarak dua kaki je dengan menghulur spoon kearah bujuk tersebut.
Kami sayang tempat ini.harap terpelihara untuk generasi akan datang.


Terima kasih kepada Zul Ali dan Pok Jan kerana sudi mengajak saya ke mari. Saya pasti datang lagi ke sini. Insyallah.



CARA-CARA MEMBUAT PEKASAM

Biasa nya kita akan mendapat ikan yang cedera parah dan potensi untuk mati amatlah tinggi. Jika kita lakukan CnR pun amat merugikan dan membazir. Saya telah mendapat ilham ini dari seorang sahabat iaitu KING NORTH yang membuat pekasam ikan di dalam hutan.

Saya bersama KING NORTH

Bahan-Bahan:
Ikan – Biasanya orang buat ikan pekasam menggunakan ikan air tawar. Tapi tak ada masalah kalau hendak guna ikan laut seperti ikan gelama. Ikan itu mestilah dibersihkan dengan sebersih bersihnya. Perut ikan mesti dicuci sampai bersih. Ini untuk mengelakkan ikan mudah di hurungi lalat selain menjaga kebersihan makanan kita.
Garam – Sekilo ikan seratus gram garam.
Beras – Disanga terlebih dahulu (goreng tanpa guna minyak). Siap disanga, tumbuk sampai sederhana lumat.
Asam keping – Ada juga orang yang tidak letak asam jawa atau asam keping. Sebabnya, beras yang kita letak pada ikan itu sebenarnya pun sudah memasamkan ikan melalui cara penapaian. Terpulang pada anda.

Cara Membuat:
1. Setelah ikan siap dibersihkan, masukkan garam anggaran 1 kilo ikan seratus gram garam. Masuk dalam bekas. tutup bekas tu. Simpan dalam peti ais semalaman,kalau di dalam hutan simpan dalam plastik kedap udara. Jangan risau ikan tadi tidak busuk kerana garam telah bertindak sebagai pengawet.
2. Kemudian ambil beras yang sudah disanga dan ditumbuk itu lalu gaulkan dengan ikan yang sudah disimpan tadi. Lagi banyak beras lagi nampak menarik. Sebabnya, nanti bila digoreng, beras inilah yang akan menjadi serbuk pekasam itu. Tinggalkan sedikit beras untuk tuang di atas ikan yang telah siap disusun nanti.
3. Cari bekas yang bertutup sangat rapat. Susun ikan tadi ke dalam bekas, setiap susunan ikan tadi letakkan asam keping 1-2 keping.
4. Masukkan air garam yang telah dimasak di atas api sederhana. Selepas sejuk air garam tu masukkan ke dalam bekas ikan tadi sehingga kesemua ikan tadi terendam.
5. Tuang beras lebihan yang telah ditumbuk tadi ke dalam bekas ikan.
6. Akhir sekali tutup bekas dengan rapat. Letak plastik kat bawah penutup tu supaya betul betul ketat. Ikan pekasam boleh dimasak selepas 2-3 minggu.

Sumber dari Google

Rabu, 9 November 2016

PANDUAN DAN TIPS DI DALAM HUTAN

Ramai di antara kita suka aktiviti di dalam hutan seperti berkhemah dan Jungle tracking.sebelum kita masuk ke dalam hutan seeloknya kita selidik bentuk muka bumi dan keadaan di dalam sana.sekurang-kurangnya kita telah mendapat sedikit gambaran keadaan di dalam hutan tersebut.Di sini saya kongsikan sedikit tips dan panduan.

1.ORANG BERPENGALAMAN(GUIDE).
Jika kita sudah merancang untuk ke hutan.dalam kumpulan kita seeloknya ada seorang atau lebih yang faham selok-belok hutan yang kita akan masuk.ini akan memudahkan kita bergerak dan untuk mengelakkan kita tersesat di dalam hutan.

2.MEMBAWA BARANG KEPERLUAN SECUKUPNYA.
Bekalan makanan amat penting untuk bekalan kita di dalam hutan.biar lebih jgn kurang.semasa tracking sedia kan coklat untuk tenaga tambahan.first aid pun perlu ada untuk hal-hal kecemasan.jangan membawa daging ke dalam hutan di khuatiri akan menarik perhatian haiwan liar.khemah dan hammoc mengikut keselesaan.jika menggunakan khemah yang murah sebaik nya sedia kan kanvas untuk membuat bumbung tambahan sebab jika hujan tidak lah air boleh meresap ke dalam khemah.

Contoh khemah yang di tutup kanvas

Hammoc berjemaah

Hammoc individu

3.BERKHEMAH.
Banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum kita mendirikan khemah untuk bermalam. Jika berkhemah di kawasan aliran sungai / air terjun, jangan dirikan khemah terlalu hampir di kawasan tersebut. Lebih molek jauh sedikit dari kawasan tersebut dan kawasan perkhemahan agak tinggi kerana apabila hujan, kawasan yang rendah akan ditenggelami air.cuba kenal pasti kawasan tersebut ada kah pernah terjadi kepala air dengan melihat kesan-kesan kayu di hanyut kan air deras. Jika ada batu besar berhampiran aliran air, tandakan batu tersebut sebagai penunjuk paras air.
Elakkan berkhemah berhampiran rumpun buluh kerana di khuatiri ada haiwan berbisa seperti ular.
Periksa dahulu pokok yang ingin dijadikan kawasan teduhan sebelum dijadikan tempat tidur.Perhatikan dahan pokok.jangan dirikan khemah di bawah dahan yang reput di takuti akan jatuh ke atas khemah.


4.SISA MAKANAN.
Sisa makanan seeloknya di tanam atau di bakar.Ini untuk mengelakkan haiwan liar datang singgah ke kawasan perkhemahan.

5.UNGGUN API DAN MERCUN BOLA
Unggun api amat lah penting selain untuk memasak ia jugak dapat menghindarkan haiwan liar dari mendekati kawasan perkhemahan.
Mercun bola di guna kan juga untuk menghindari haiwan liar dari datang ke kawasan perkhemahan.biasa di bakar semasa hendak tidur.



6.KIT IKHTIAR HIDUP.
Biasanya saya akan menyedia satu beg kecil dan didalamnya saya simpan kompas,pisau,sedikit ubat-ubatan,pembalut luka,kain anduh,lampu suluh,bateri,wisel,garam,mancis atau pemetik api dan sedikit mercun bola.garam digunakan sebagai penganti ubat antiseptik dan penambah tenaga.dengan cara menjilat sedikit garam atau di letakkan sedikit di tempat luka.
Saya akan membawa kemana saja saya pergi ketika memancing.bukan apa takut kita tersesat.. sekurang-kurangnya ada sedikit bantuan sebelum bantuan dari luar sampai.

7.JANGAN BERJALAN BERSENDIRIAN.
Kalau kita pergi jauh dari base camp pasti kan rakan-rakan yang berada di base camp tahu arah kita pergi dan lebih baik bergerak secara berkumpulan jangan seorang diri.jika berlaku kecemasan kedudukan kita mudah di kesan.jika boleh segera pulang ke base camp sebelum hari gelap.


8.JAGA ADAB DAN TUTUR KATA.
Jaga kelakuan,jangan terlalu gembira sebab ia boleh melekakan kita.sentiasa peka dengan alam sekeliling.jangan cakap besar.sampah di kumpulkan.bakar atau tanam dan sentiasa minta pendapat orang yang lebih berpengalaman.







Sabtu, 5 November 2016

MEMBURU RAJA DI AIR KUNING,PERAK

Peacock Bass amat sinonim di negeri Perak.Ikan ini boleh di dapati di semua tempat dalam negeri ini.Tidak hairan lah ikan ini menjadi buruan di kalangan pengilat (caster) selain dari sebarau dan toman.Peacock Bass di sini lebih di kenali sebagai IKAN RAJA.kalau di luar negeri Perak biasa kita dengar dengan panggilan PB sahaja.Singkatan dari peacock bass.
PB adalah spesis yang rakus.tiada gewang yang boleh di katakan killer untuk PB ini.Gewang murah atau mahal semua di ambil nya.Dulu semasa saya mula berjinak-jinak dalam arena casting...saya pernah guna plastik merah yang di balut ke mata kail. hujung nya saya racik supaya bila di karau plastik tersebut melambai-lambai di dalam air.guna macam tu saja tiga ekor saya telah darat kan.dari pengamatan saya PB adalah spesis yang tidak kisah.janji dapat menarik perhatiannya.ia akan ambil gewang kita.
Kali ini saya telah berpeluang pergi ke satu tempat di Air Kuning.sebelum ini saya biasa dapat PB saiz dalam 20cm kebawah.saya teringin hendak rasa tarikan dari saiz 30cm keatas.
Rakan-rakan dari group TELUK INTAN ANGLERS (TIA) telah mempelawa saya datang ke sini untuk mencuba nasib.mana tahu boleh dapat saiz yang saya impikan selama ini.
Bila saya sampai saya dapati PB sedang galak mengejar anak-anak ikan.memang nampak nyata saiz-saiz idaman di depan mata.
Apa lagi... perasaan teruja tu membuak-buak.Dengan Bismillah...saya memulakan acara mengilat.
Lama juga la mengilat tetapi tiada sambutan dari PB sini.saya tidak berputus asa saya tukar spot dan gewang berkali-kali.akhirnya sambaran pertama saya dapat rasa kan.memang terbaik perlawanan kali ini.memang betul kata otai-otai.PB dengan siakap,cara lawan nya memang lebih kurang.baru lah kini saya rasa drag keluar.sebelum ni mana pernah macam ni.
Akhirnya saya telah berjaya mendaratkan saiz 47cm.rekod terbaru saya tu!!!
Senyum kepuasan dan tiada kata-kata dapat nak diluahkan.hanya saya bersyukur berkali-kali kerana impian saya telah tercapai.Sejak itu bila berpeluang saya akan datang kesini.Maklum lah..balik kampung.i tu lah masa untuk mengail..hehehe





Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada ijam,lan a.k,panjang,mail,mat dan seluruh ahli TELUK INTAN ANGLERS kerana banyak memberi panduan dan mempelawa saya datang kesini.saya rasa terharu dengan layanan dari anda semua.Terima kasih sahabat-sahabat ku.