Translate

Jumaat, 12 Ogos 2016

T.R.C DI SUNGAI KLAH,PERAK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kali ini saya nak bercerita pengalaman saya di sungai klah.sungai klah terletak di area sungkai,Perak.spesis utama di sana ikan kelah,tengas dan sebarau.
Saya telah berpakat dengan sahabat sahabat saya untuk meneroka sungai tersebut.
Setiba nya kami di sungai klah..kami telah di sambut oleh Pak Lang.Pak Lang mencerita serba sedikit keadaan sungai dan kawasan sekitar.
Kami bermalam di rumah rehat kepunyaan Pak Lang.
Keesokan hari nya kami telah membuat keputusan untuk bergerak ke hulu sungai.di kata kan sebelah atas banyak size-size badong duduk menetap di sana.
Apabila sampai ke destinasi.. kami pun bersiap untuk memulakan pancingan.melihat keadaan sungai..air yang jernih,deras dan dalam.kami rasa ada harap untuk menaikkan sebarau di sini.karauan demi karauan..balingan silih berganti kami laku kan sambil menyusuri sungai..tapi masih tiada getuan dari spesis target.
Sampai satu tempat kami berehat dan kami berbincang untuk menukar haluan ke bawah pula.
Tengahari dalam pukul 12 kami telah keluar dari kawasan tersebut dan menuju ke port sebelah bawah.
Setiba kami di sana..kami telah meranduk di dalam air.
Area bawah pun sama juga..hanya ada beberapa kali je curut mengejar gewang.tapi tidak menyambar.
Jauh jugak kami meranduk kebawah. sekali lagi kami kecewa..kami telah mengambil keputusan berhenti setakat itu je kasting dan pulang ke rumah rehat.di sebab kan kami semua kumpau berjemaah..kami telah mengubah aktiviti.. apa lagi berkubang la jawap nya..😂😂
Kesimpulan yang saya dapat buat.sungai klah sesuai untuk beriadah dan aktiviti membottom saja sebabnya banyak aktiviti membottom di sini.pemandangan yang cantik dapat menenangkan fikiran.di sini pelbagai kemudahan ada di sedia kan.. homestay,hotel Felda dan taman tema air panas pun ada.












Tiada ulasan: