Translate

Sabtu, 12 November 2016

MENYELONGKAR KHAZANAH HUTAN SIMPAN BUKIT BELATA,ULU SELANGOR.

Trip kali ini telah di rancang oleh GENG LORONG TIKUS untuk meneroka habitat baru ikan-ikan target. Disebabkan di pintu masuk hutan ni kami pernah dapat spesis seperti sebarau dan bujuk maka tanggapan kami mungkin jauh di dalam mesti ada lebih banyak dan bersize lebih besar dari di luar. Dengan cerita dari penduduk tempatan yang mengatakan di dalam ada jeram,makin kuat rasa ingin tahu di dalam diri kami.


 Hari yang di tunggu hampir tiba tetapi ahli yang ingin menyertai hanya tiga orang sahaja. Iaitu saya,Zul Ali dan Pok Jan. Yang lain terpaksa menunaikan kewajipan pada kerja masing-masing.
Dengan kata sepakat kami bertiga,setuju untuk meneruskan agenda yang sudah lama tertangguh ini. Segala perancangan telah di buat.tidak sabar hendak tunggu esok hari. Terasa lama waktu berlalu...

Keesokan harinya dalam pukul tujuh pagi,hujan rahmat membasahi bumi. kami hampir-hampir ingin menunda rancangan ini tetapi Pok Jan beria benar hendak masuk ke sana.. maka,kami meneruskan rancangan tapi tunggu hujan reda dulu lah jawabnya..hihihi.

Tepat pukul 10 pagi kami berkumpul di Sungai Tengi untuk makan. Kami sediakan makanan ringan untuk bekalan di dalam sana nanti. Dalam pukul 10.40 pagi kami mula bergerak pergi ke tempat tujuan. Dalam 12.05 tengahari kami sampai ke pintu masuk hutan tersebut.perasaan teruja terasa begitu bersemangat sekali.
Perjalanan tidak sukar. Boleh lah kami berjalan dengan selesa. cuma kadangkala terpaksa menempuh semak hutan dan balak tumbang. keadaan sungai yang cetek dan jernih lagi lah memudahkan perjalanan kami. Ada setengah tempat sahaja airnya dalam.





Sepanjang perjalanan kami tidak henti mengilat. Tapi gewang yang saya pakai tidak di layan oleh sebarau atau bujuk. Hanya kejaran ingin tahu saja dari spesis tersebut.
Saya telah mencuba menggunakan spoon 5g AXZ warna emas. Keputusan yang tidak di jangka. Sebarau dan bujuk amat geram dengan spoon tersebut. Apa lagi,makin rancaklah spoon saya di hentam. Hulur sahaja mesti ada hasil. Janji ada lesen dan tidak kumpau.hahaha.






Makin lama masuk ke dalam makin banyak bujuk yang berjaya kami dapatkan. Sebarau hanya sesekali sahaja yang datang mengejar spoon. Sebarau dan bujuk pun tiada size-size besar. Kebanyakan anak-anak yang masih kecil.
Kami tidak mengambil seekor pun. Sekadar mengambil gambar kenangan sahaja.








Di kiri kanan kami banyak kesan-kesan babi hutan mengorek tanah.kami lebih berhati-hati. Takut terserempak. Nanti tidak cukup tanah nak lari.. hahaha.

Kami bergerak sehingga  ke jeram di ceritakan kepada kami sebelum ini. tapi hampa. Jeram tu dah tertimbus dengan pasir mungkin ada hakisan dan menyebabkan jeram tersebut menjadi cetek dan mengecil.


Inilah jeram yang di ceritakan.
Kami sepakat untuk berhenti di situ dan berehat. maklumlah berjalan 2jam lebih. Lagipun kami target keluar sebelum hari gelap.
Walaupun tangkapan kami tiada size-size membanggakan. Pemandangan di dalam hutan ini amat menyegarkan. Dengan bujuk yang banyak dah macam sanctuary. Lagi dalam kami masuk makin banyak bujuk. Tidak takut dengan manusia. Saya sendiri strike bujuk dalam jarak dua kaki je dengan menghulur spoon kearah bujuk tersebut.
Kami sayang tempat ini.harap terpelihara untuk generasi akan datang.


Terima kasih kepada Zul Ali dan Pok Jan kerana sudi mengajak saya ke mari. Saya pasti datang lagi ke sini. Insyallah.



3 ulasan:

rohaizul berkata...

T.kasih kawn ku..
Yg sudi besama meredah hutan bkt belata
Terbaik karangan moga di akan dtg dpt di baiki susunan cerita..
Apa apa pon memang terbaik
Treus kan usha mu

Shaharol berkata...

Sama2..yup saya masih baru dalam penulisan blog.banyak lagi perlu belajar.terima kasih kerana memberi pandangan.

Unknown berkata...

masuk ikut mana bro?