ROYAL BELUM.
Setelah sekian lama maka hajat untuk sampai ke ROYAL BELUM terlaksana..segala persiapan telah di buat dengan teliti.
PERJALANAN BERMULA.
Bergerak dari Selangor seawal 12 malam kami memulakan perjalanan dan kami sampai dalam pukul 6 pagi.perjalanan yang lama bukan apa. Banyak kali berhenti makan dan buang hajat..
Setiba kami di jeti.. masing-masing bersemangat untuk memulakan perjalanan. Dari raut wajah masing-masing sudah tidak sabar dan menghitung waktu menunggu ketibaan bot yang akan membawa kami kesana..
Tapi bot sampai dalam pukul 10 pagi..ada rasa tidak puas hati.tetapi semangat yang meluap-luap..Semua ditelan jua.
Setelah bot tiba..kami terus membawa masuk barang barang kedalam bot.bila semua sudah bersedia.perjalanan pun bermula..
Kami menuju ke checkpoint pertama di sungai kejar.. perjalanan mengambil masa selama 1 jam.perjalanan 1 jam ke sungai kejar tidak terasa sangat sebab kami menikmati pemandangan indah di sana sambil bergurau-senda dengan rakan-rakan.
Setiba nya di sungai kejar.kami memunggah keluar barang-barang semua..kerana dari sungai kejar kami akan berjalan kaki ke base camp.
Setiba di base camp..kami mula kan tugas memasang khemah.memang sangat sibuk macam nak kenduri je..hahaha.bila semua sudah selesai maka bermulalah aktiviti yang kami idam kan..apa lagi..mancing le.. Alhamdulillah..hari pertama kami di sini banyak hasil yang kami dapat..Semua ikan sebarau.malam ni berlauk la kami..
MALAM PERTAMA.
Pada malam hari..suasana di base camp sangat gelap.terasa juga seram dan bimbang.biasa lah dalam hutan.macam macam ada..yang penting kita berhati-hati dan sentiasa berwaspada. keseronokan jangan sampai lupa diri.takut memakan diri.
Malam pertama dalam hutan..gajet semua tidak boleh pakai sebab tiada liputan.baru lah kita berborak dengan senang hati tanpa gajet di tangan.
Pelbagai cerita dari diri sampai pengalaman mancing.. masing-masing keluarkan.ada cerita lucu..ketawa berdekah-dekah memecah kesunyian malam.pukul 12 malam.. masing-masing mula masok ke khemah.yang mana tegar.diorang membottom pulak..saya tidak le..tidur untuk esok punya cerita.
HARI KE DUA.
Esok pagi dalam pukul 6 pagi..kami bangun dan bersiap untuk mula memancing.saya sangat teruja sampai tak nak sarapan..dalam hati berkata "kalau lapar minum je air sungai"😁
Casting pun bermula tapi tidak galak sangat..karauan demi karauan tapi tiada yang sentuh..kalau ada pun size size baby sebby je yang hentam.
Kami terus casting dari base camp ke sungai ketir kerana permit kami sampai kesana saja.dalam perjalanan kami jumpa dengan askar Melayu yang menjaga royal belom..maklum lah royal belom kan dah dekat dengan sempadan Malaysia-Thailand.
Bila mereka nampak kami.. diorang menyapa mesra.. mula-mula saya risau jugak.. takut di marahi oleh mereka..tapi perkara sebaliknya terjadi..mesra dan ramah.. senang hati saya..
Sambil kami berjalan..kami akan berhenti di spot yang dirasa ada penghuni.sampai je ke sungai ketir..kami dah strike banyak sebarau.. tapi masih curut lagi..size size idaman belum membuahkan hasil.saya saja 6 ekor curut dapat di pancing.kebanyakkan nya saya lepas kan balik sebab size yang tidak sesuai untuk dibuat lauk.
Sesampai ke sungai ketir..kami terus menyambung pancingan.tapi masih kumpau.hanya sorang je rakan dapat hasil yang agak kasar.pukul 5 petang kami gerak pulang ke base camp.bukan apa.nanti pulang lewat sangat.dalam hutan akan jadi gelap.ini akan menyukarkan kami untuk pulang dan haiwan liar pun kami tidak akan nampak.
Bila malam menjelma..tidak banyak aktiviti yang kami buat..masak,borak dan memancing bottom mencari baung,kelah dan ikan ikan yang memakan umpan cacing dan sawit.malam kedua kami tidur lewat dalam pukul 2 pagi.
HARI TERAKHIR.
Saya lewat sikit bangun mungkin sebab kepenatan ke sungai ketir semalam.ramai rakan-rakan telah pergi memancing untuk mencari target idaman.tapi keadaan air yang jernih macam kurang menarik perhatian sebarau di situ.dari hari kedua air dah jernih..hari pertama keruh sikit.faktor jugak tu.Dalam pukul 11.kami pun bersiap kemas barang untuk berangkat pulang.terasa berat hati hendak pulang kerana terasa sesak nya hidup di hutan batu di bandar.kat dalam ni..hati tenang.tidak pikir masalah yang selalu kita fikir di luar sana.saya bertekat akan kembali lagi di sini.kumpau itu indah.yang paling indah.bersama rakan-rakan sambil menikmati keindahan alam ciptaan YANG ESA.